Batik Air menggantung sementara perkhidmatan ke Auckland, New Zealand

Kuala Lumpur, Jun 21 – Syarikat penerbangan Batik Air mengumumkan penggantungan sementara perkhidmatannya ke dan dari Auckland, New Zealand melalui Perth, Australia, berkuat kuasa mulai 19 Julai tahun ini.
Batik Air menerusi satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dilakukan kerana keperluan operasi dan Batik Air turut tegas berkata syarikat itu akan mengembalikan semula operasi ke Auckland dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur pada Disember tahun ini, tertakluk kepada kelulusan kawal selia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy, berkata bahawa syarikat penerbangan itu kesal
ketidakselesaan yang ditimbulkan dan kekal yakin bahawa pelarasan strategik itu akan mengukuhkan rangka kerja operasi yang lebih baik.
Beliau juga tegas berkata bahawa syarikat penerbangan itu akan terus bekerjasama dengan kementerian pelancongan bagi menyokong perjalanan dan pelancongan dalam pertumbuhan tinggi pasaran Asia Pasifik.