Malaysia

Batik menandatangani MoU dengan Kia, perkhidmatan persendirian untuk penumpang kelas Perniagaan

Kuala Lumpur, Jun 24 – Syarikat penerbangan Batik Air hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pengeluar kereta Korea Selatan Kia bagi perkhidmatan pemindahan terminal persendirian baharu, direka khusus untuk penumpang kelas perniagaan (Business Class).

Difahamkan, syarikat penerbangan itu akan meningkatkan pengalaman perjalanan untuk kedua-dua penumpang Promo Kelas Perniagaan dan Flexi dengan menawarkan pemindahan yang lancar dan premium antara Bangunan Terminal Utama dan Bangunan Satelit Lapangan Terbangan Antarabangsa Terminal 1 (KLIA).

4Dengan kerjasama Kia melalui pengedar tunggal mereka, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, Batik Air akan menyediakan penumpang kelas perniagaannya dengan pilihan pemindahan yang selesa dan mesra alam.

Sementara itu, Menteri Pengankutan Anthony Loke yang turut hadir untuk majlis MoU itu berkata inisiatif Batik Air mengadakan perkhidmatan sebegini bagi mengatasi isu AeroTrain bagi penumpang kelas perniagaan ke Bangunan Terminal Utama dan KLIA 1.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan menyokong insiatif Batik Air menggunakan kereta Kia EV9 serba elektrik dan model terbaharu Karnival Kia selari dengan misi negara menuju tenaga rendah karbon.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker