Dunia

 Battersea Power Station dapat kelulusan projek pembangunan seluas 42 ekar

Fasa baharu pembangunan semula Battersea Power Station di London kini mendapat kelulusan perancangan, menandakan satu lagi langkah penting dalam projek mega seluas 42 ekar milik konsortium pelabur Malaysia iaitu Sime Darby Property, S P Setia dan KWSP.

Menurut Battersea Power Station Development Company (BPSDC), fasa terbaharu ini akan menambah 306 unit kediaman baharu hasil rekaan firma ikonik Gehry Partners.

Ia termasuk sebuah Hab Komuniti 15,000 kaki persegi, dijangka mewujudkan lebih 400 peluang pekerjaan baharu. Pembinaan dijadual bermula hujung tahun ini dan siap pada 2029.

Setakat ini, lebih 2,200 unit kediaman telah siap, dan kawasan tersebut kini menjadi rumah kepada 3,000 penduduk serta 3,500 pekerja daripada syarikat gergasi seperti Apple dan SharkNinja.

Apabila siap sepenuhnya, projek bernilai tinggi ini dijangka menyediakan 4,000 kediaman, 19 ekar ruang awam dan mencipta lebih 20,000 pekerjaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker