Malaysia

Bayar kompaun RM4.1 juta, Adam Radlan lepas 12 pertuduhan rasuah dan AMLA 

Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram selepas membayar kompaun RM4.1 juta.

Keputusan dibuat selepas pendakwaan memaklumkan menerima surat representasi Adam yang menawarkan bayaran kompaun di bawah Seksyen 92(1) Akta 613.

Hakim Suzana Hussin memutuskan demikian selepas mendengar hujah pendakwa raya dan peguam bela Rajan Navaratnam.

Adam, 43, sebelum ini didakwa meminta suapan antara 3.5 hingga 7 peratus daripada nilai projek serta menerima RM500,000 bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan projek jalan bernilai RM47.8 juta.

Beliau juga berdepan tiga pertuduhan menerima suapan RM4.1 juta daripada dua individu serta meminta RM2 juta untuk projek Jana Wibawa.

Selain itu, tujuh pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM3 juta turut dikenakan terhadapnya. Semua kesalahan didakwa dilakukan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya antara Mac 2021 hingga Januari 2023.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker