Malaysia

Bayar saman trafik guna MyDigital ID

Penggunaan MyDigital ID akan diperluaskan untuk urusan pembayaran saman trafik sebagai sebahagian daripada pelan transformasi digital kerajaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa sistem pengesahan identiti digital itu akan menjadi keutamaan dalam urusan perkhidmatan awam dan swasta, termasuk urusan dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Pengguna berdaftar juga dijangka menerima insentif seperti diskaun saman lebih tinggi pada masa akan datang.

Ketika ini, proses pindaan terhadap Akta Pendaftaran Negara 1959 sedang dimuktamadkan bagi menyokong pelaksanaan sistem tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker