Malaysia
Bayi 6 Bulan Maut Lemas Selimut di Rumah Pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan, Harraz Noah, maut dipercayai lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, pagi semalam.
Bapa mangsa, Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, berkata kejadian dimaklumkan oleh isterinya, Ainol Izzah Raslan, 25, sekitar jam 11.40 pagi. Menurut pengasuh, bayi tersebut tertidur di atas tilam selepas diberi susu dan sendawa. Ketika pengasuh pergi ke dapur, bayi itu dipercayai tertutup selimut.
Nazrul Nizam menyatakan mereka reda dengan kejadian itu, menganggapnya sebagai takdir, dan tidak menyalahkan pengasuh yang selama ini menjaga anak mereka dengan baik.
Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Ahmad Jamil Radzi, mengesahkan kes ini masih dalam siasatan.