Malaysia

Bayi berusia 7 bulan meninggal dunia dalam buaian di Kuarters KLIA

Nilai: Bayi lelaki berusia tujuh bulan meninggal dalam keadaan terlentang di dalam buaian ketika cuba dikejutkan pengasuh di perumahan Kuarters KLIA, dekat Bandar Enstek, semalam. Pengasuh dikatakan memasukkan mangsa ke dalam buaian pukul 7.30 pagi selepas dihantar oleh ibu bapanya.

Selepas itu bayi berkenaan ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang di dalam buaian ketika cuba dikejutkan pengasuh.Kira-kira jam 12.45 tengah hari, pihak polis dihubungi Klinik Kesihatan Kuarters KLIA memaklumkan terdapat seorang bayi lelaki disyaki meninggal dunia mengikut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim.

Katanya, pemeriksaan awal polis mendapati tiada kesan kecederaan fizikal pada tubuh badan bayi dan Jabatan Forensik Hospital Rembau mengesahkanya selepas bedah siasat.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini,” kata Abdul Malik Hasim.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker