Malaysia
Bayi Tidak Sempurna Dihina, Ibu Ditahan Hospital Kerana Bil Rawatan
Tular di media sosial kisah bayi lelaki, Adham, dilahirkan dengan satu mata, tanpa hidung dan lubang dubur, serta didakwa dihina oleh pihak hospital swasta di Klang.
Menurut pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Wan Cai, bayi tersebut disimpan di peti sejuk mayat selama dua minggu selepas ibu bayi ditahan kerana gagal melunaskan bil rawatan berjumlah RM3,600. Ayah bayi hanya dapat melangsaikan bil pada pagi kejadian.
Wan Cai mempersoalkan tindakan hospital yang disifatkan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Pihaknya terpaksa menggunakan air panas untuk melembutkan jenazah bayi sebelum dimandikan, disolatkan, dan dikebumikan menggunakan sumbangan orang ramai.
Berita Harian sedang mendapatkan maklum balas pihak hospital berhubung dakwaan ini.