Malaysia

Beberapa individu tular naiki skuter elektrik di Lebuh raya utama, Taman Maluri, Cheras

Kuala Lumpur, Oct 25 – Baru-baru ini sebuah video tular memaparkan beberapa individu menaiki skuter elektrik secara melulu di Lebuh raya yang sibuk, melanggar peraturan jalan raya negara.

Kejadian itu dipercayai berlaku di jalan raya Taman Maluri, Cheras.

Menerusi video tular itu, ia telah menarik lebih 50,000 tontonan, dan rata-rata netizen komen tidak puas hati dengan tindakan individu berkenaan kerana terlalu mementingkan diri serta mengabaikan keselamatan pemandu jalan raya yang lain.

Ada juga komen memohon pihak berkuasa bertindak menyiasat secara teliti kerana menerusi video itu, individu-individu yang terbabit disyaki warga asing yang melancong ke negara dan mereka kemungkinan tidak mengetahui undang-undang Malaysia.

Sementara itu, netizen turut komen memohon agar rakyat Malaysia sentiasa peka dan berhati-hati semasa berada di jalan raya, apatah lagi pada musim perayaan ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker