DuniaMalaysia

Bekalan insulin kencing manis dalam negara membimbangkan; Diganti dengan ubat makan

Kuala Lumpur, Sept 12 – Hospital dan klinik kesihatan dalam negara kini kekurangan “insulin” kencing manis dan digantikan dengan ubat makan.

Difahamkan, pesakit kencing manis akan menerima insulin berkenaan setiap tiga bulan dengan menunjukkan kad kesihatan mereka.

Bagaimanapun, akibat kekurangan ubat itu sejak awal bulan ini, pesanan telah dibuat di India, dan sehingga bekalan sampai, pesakit akan dibekalkan dengan ubat makan buat sementara waktu.

Seorang pesakit yang mengalami situati itu, memaklumkan kepada Telus bahawa satu pekeliling berhubung perkara itu telah ditampal di sebuah farmasi klinik kesihatan beroperasi di Selayang.

Katanya, doktor akan memeriksa pesakit terdahulu di bilik khas sebelum menetapkan ubat makan mengikut keadaan mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker