Kuala Lumpur, Julai 11 – Bekas anggota polis berpangkat Koperal diburu selepas dia menghilangkan diri, walau menghadapi empat pertuduhan kes serangan seksual di Gita, Kuching, 15 tahun lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah,suspek Juwanda Ranu Suut, menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan tiga lagi mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
Katanya lagi, berikutan hilang tanpa dikesan, anggota terbabit diberhentikan daripada perkhidmatan polis pada 29 Ogos 2013.
Difahamkan, Juwanda antara 55 individu termasuk seorang warga asing yang dalam buruan polis Kuching atas pelbagai kesalahan jenayah, narkotik serta komersil.
Sementara itu, tambah beliau seorang lagi yang diburu itu menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh pada tahun 2011.