Bekas anggota polis terlepas hukuman gantung, bunuh kekasih yang hamil

Kuala Lumpur, Julai 17 – Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan Johor Bahru mengetepikan hukuman gantung kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada tahun 2015.
Menurut sumber media tempatan, hukuman mati terhadap Muhammad Faizal Salim, berusia 47, yang ketika itu berpangkat koperal ditukar kepada penjara 40 tahun beserta 12 sebatan bermula tarikh tangkapan.
Difahamkan, keputusan itu dibuat panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah.
Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Faizal didakwa membunuh wanita berusia 35 tahun itu yang bernama Norzielawati Akmar Afandi, di taman rekreasi Hutan Bandar Bukit Cantik bertempat Mersing, Johor pada 12 April 2015 lalu.