Malaysia

Bekas staf Astro pengsan di mahkamah selepas puluhan pertuduhan dibacakan

Seorang bekas kakitangan Astro, Nora Idayu Jaafar, 48 tahun, pengsan selepas pertuduhan ke-30 dibacakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.

Nora didakwa atas 743 pertuduhan mengubah sistem pengurusan pelanggan Astro tanpa kebenaran, dengan menukar akaun pelanggan biasa kepada akaun korporat antara tahun 2013 hingga 2020, bagi membolehkan akses percuma kepada kandungan Astro.

Kesalahan itu didakwa dilakukan ketika bertugas di unit sokongan komersial syarikat, di pejabat Astro Menara Icon, Jalan Tun Razak.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun, denda RM100,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menangguhkan prosiding ke 26 Jun untuk memberi ruang rawatan. Jaminan ditetapkan sebanyak RM10,000 bagi semua pertuduhan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker