Bekas suami kedekut dengan anak sendiri, sanggup kumpul resit bagi isterinya di Indonesia
Kuala Lumpur, Julai 3 – Baru-baru ini satu video tular di Indonesia memaparkan seorang wanita terkejut menerima resit pembayaran yang banyak daripada bekas suami dan isteri barunya yang dibeli untuk anaknya sendiri.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @bibunyakala, wanita tersebut mengeluarkan sebungkus plastik berwarna putih berisi resit-resit berkenaan.Difahamkan, bekas suaminya mengajak anak mereka untuk bercuti di Bandung selama tiga hari.
“Pada awalnya lelaki itu meminta izin untuk bercuti selama sehari tetapi ia berubah kepada tiga hari dan saya membenarkan supaya dia tahu bagaimana rasa mengurus anak sendiri,” kata wanita itu.
Namun, dia tidak menyangka akan sikapnya yang kedekut sehingga sanggup mengumpulkan semua resit pembayaran dan tanda harga sepanjang percutian itu.
Menurut wanita itu, jumlah keseluruhan perbelanjaan lebih RM200 dan perkongsian video itu mendapat lebih 1.1 juta tontonan dan menarik perhatian orang ramai yang mengecam suaminya itu yang bertindak sebegitu.
Di bawah video itu, ada juga komen berkata lelaki itu bersifat kedekut kepada anak sendiri ia tidak sepatut dan jika perkara yang sama berlaku kepada isteri baharu itu, baru dia akan sedar, kata seorang di ruang komen berkenaan.