Kuala Lumpur, Oct 16 – . Belanjawan 2025 yang bakal dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat ini, tidak akan meminggirkan masyarakat India di Malaysia.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramkrishnan, berkata masyarakat India akan menerima berita gembira dan penting menerusi pembentangan itu.
Ramanan yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata demikian selepas menyampaikan bantuan Deepavali Vanakam Madani di Sungai Buloh, malam tadi.
Sebanyak 500 bantuan bakul makanan telah diberikan oleh beliau kepada masyarakat setempat di situ.
Sementara itu, lebih 10,000 masyarakat India daripada gologann B40 di seluruh negara turut akan menerima bakul makanan itu sempena Deepavali yang disambut hujung bulan ini.
Mengulas, Ramanan turut berkata kerajaan Madani komited membantu membangunkan usahawan-usahawan komuniti India menerusi inisiatif seperti PENN,SPUMI-Goes Big,Brief-i dan banyak lagi.