Beratur panjang! Pembukaan kedai fizikal Apple Store pertama di TRX Exchange, menarik perhatian orang ramai
Kuala Lumpur, Jun 23 – Rakyat Malaysia membanjiri pembukaan kedai fizikal Apple Store pertama di Malaysia yang bertempat di pusat beli-belah The Exchange TRX, Kuala Lumpur semalam.
Menerusi tinjauan Telus di media sosial, rata-rata warga netizen memperkongsikan pengunjung bersiap beratur dan menanti di pusat beli-belah, The Exchange TRX, sejak pukul 11 malam, kelmarin bagi merasai detik pembukaan Apple Store pertama di negara ini.
Menerusi perkongsian satu video, dua pengunjung tempatan berkata,mereka sanggup overnight (bermalam) di situ sejak malam kelmarin kerana mahu menjadi orang Malaysia yang pertama untuk membuka pintu Apple Store di situ.
Pada masa sama, seorang lelaki warga China, orang pertama yang menunggu di garisan panjang itu, berkata dia mengagumi ruang yang cantik di situ dan hendaka mengambil banyak gambar.
Bagi pembukaan itu, Naib Presiden Jualan dan Operasi Antarabangsa Apple, Deirdre O’Brien turut hadir dan menjadi tumpuan peminat Apple untuk tidak melepaskan peluang bergambar dan mengambil tanda tangan daripadanya dan Apple Store juga membuat pemberian istimewa ‘tote bag’ khas kepada mereka yang beratur awal tanpa memerlukan sebarang pembelian.