“Bila bagitahu ibu pembuli, dia melenting” – lagi kes buli di Johor Bahru

Tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang budak lelaki ditendang sekumpulan kanak-kanak dalam kejadian di Blok C, Perumahan Molek Ria, Taman Molek pada 14 Julai lalu.
Video berdurasi satu minit 25 saat itu memperlihatkan mangsa sedang menunggu ibunya berseorangan di hadapan lif.
Beberapa minit kemudian, dia didatangi seramai empat orang budak lelaki sebelum seorang daripadanya menendang perut mangsa lalu beredar bersama rakan-rakannya.
Mangsa dilihat seolah-olah mengadu kepada ibunya yang baru keluar daripada lif selepas ditendang.
Menurut sumber, penduduk di situ mendakwa kes buli itu bukan kali pertama berlaku, malah melibatkan budak yang sama berulang kali.
Mereka turut mendedahkan, setiap kali perkara itu dimaklumkan kepada ibu pembuli, wanita itu dikatakan akan melenting dan mempertahankan anaknya.