Bimbang saham jatuh teruk, Elon Musk mahu lepas jawatan DOGE dan fokus kepada Tesla

Usahawan jutawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk, mengumumkan bahawa beliau merancang untuk mengurangkan penglibatan dalam Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat (DOGE) dan memberi lebih tumpuan kepada syarikat kenderaan elektriknya, Tesla.
Memetik laporan Sputnik, bermula awal Mei, komitmen Musk terhadap DOGE akan berkurangan dengan ketara dan beliau sendiri mengakui bahawa penglibatannya dengan jabatan itu menjadi punca kepada kemerosotan Tesla.
Pada Isnin, syarikat itu mengumumkan bahawa keuntungan suku tahunannya merosot sebanyak 71 peratus.
The Washington Post pula melaporkan bahawa Musk juga sedang mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua DOGE susulan serangan daripada pihak politik berhaluan kiri.
DOGE ditubuhkan menerusi satu perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada 20 Jan, dengan mandat untuk mengurangkan pembaziran perbelanjaan dan menyusun semula agensi persekutuan.