Hiburan
Blood Brothers kutip RM14.9 juta hari ketiga tayangan

Selepas tiga hari ditayangkan, filem aksi terbaharu arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, Blood Brothers: Bara Naga mencatat kutipan RM14.9 juta.
Karya terbitan Skop Productions dan Primeworks Studios (PWS) itu ternyata memenuhi cita rasa penonton tempatan, dengan majoriti memberikan komen positif selepas menontonnya.
Sejak mula ditayangkan di 146 pawagam seluruh negara bermula Khamis lepas, Blood Brothers: Bara Naga juga menerima komen tentang koreografi aksi yang disifatkan setanding filem Hollywood.
Filem ini menampilkan beberapa pelakon hebat, Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, (Wan Hanafi Su), Irfan Zaini, Andy Teh, Ray Dap Dap, Shukri Yahaya, Amelia Henderson dan Zamarul Hisham.