Dunia

 Bodoh jika saya tolak tawaran jet dari Qatar – Trump

Satu keputusan yang bodoh jika tidak menerima pemberian hadiah sebuah jet dari Qatar untuk kegunaan Air Force One, tegas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Trump menyatakan pendirian itu selepas menerima tawaran daripada keluarga diraja Qatar untuk mendermakan pesawat 747-8 bernilai AS$400 juta untuk digunakan sebagai pesawat presiden.

Ia menimbulkan tanda tanya mengenai etika dan keselamatan dan Trump sendiri tidak mahu membesar-besarkan perkara tersebut.

Trump dengan nada tidak puas hati menjelaskan, ia satu hadiah yang hebat dan beliau tentunya tidak boleh menolak tawaran seperti itu.

Adalah tidak bijak jika dia menolak tawaran itu dengan mengatakan tidak kepada Qatar dan membayar sejumlah 1 bilion dolar AS untuk sebuah kapal tersebut.

Menolak dakwaan ia sebagai kegunaan peribadi, Trump berkata pesawat itu sebaliknya ia akan didermakan kepada perpustakaan presiden pada masa akan datang sebagai bahan pameran, dengan cara yang sama seperti perpustakaan Ronald Reagan menyimpan jet lama Air Force One.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker