Malaysia

Bom Perang Dunia Kedua dijumpai di Georgetown

Bom dipercayai tinggalan era Perang Dunia Kedua ditemui di sebuah tapak pembinaan di Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, Georgetown, malam Isnin.

Penemuan tersebut dimaklumkan kepada pihak polis oleh orang awam sekitar jam 9.42 malam sebelum sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

Hasil siasatan mendapati objek berkenaan adalah bom jenis unexploded ordnance (UXO) yang masih belum meletup. Keadaan di lokasi kini dilaporkan selamat, dan kerja-kerja pelupusan dijadualkan dilakukan hari ini (20 Mei).

Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan susulan insiden tersebut.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker