Malaysia
Trending

Bomba selamat 21 murid Tabika Kemas Hulu Klang yang tular terperangkap akibat banjir di Ampang

Kuala Lumpur, Oct 15 – Jabatan Bomba telah menyelamatkan 21 pelajar Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Jalan Hulu Klang, Ampang selepas premis mereka dinaiki air banjir pagi tadi, susulan hujan berterusan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya mendapati empat buah rumah berhampiran tabika itu juga dinaiki air susulan hujan lebat itu.

“Penghuni rumah diarahkan berpindah ke balai penghulu berhampiran dan semua 21 kanak-kanak itu berjaya dibawa ke kawasan selamat.

Mengulas beliau berkata, kesemua murid Tabika Kemas itu telah diserahkan kepada ibu bapa masing-masing.

Terdahulu, video kanak-kanak itu tular memaparkan mereka berdiri di atas meja dengan sebahagian daripada mereka menangis ketika kelas dinaiki air.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker