Uncategorized

Bomba selamat seorang remaja cuba terjun bangunan

Kuala Lumpur, Sept 4 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) berjaya menyelamatkan seorang remaja ketika dipercayai cuba bertindak terjun dari tingkat satu di bangunan kedai di Reno Fajar, Lahad Datu, malam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Penguasa Bomba, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.11 malam dan sepasukan anggota segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang remaja perempuan dipercayai cuba terjun dari tingkat satu di bangunan kedai

“Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mangsa dari cubaan terjun bangunan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Remaja itu, kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker