Malaysia
Bomba:Lelaki terjatuh ketika kerja penyelenggaraan kereta kabel di Langkawi
Kuala Lumpur, Oct 3 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah sedang berusaha mengesan dan mencari seorang lelaki yang terjatuh ketika melakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel di Langkawi hari ini.
Ketua Zon 4 Langkawi JBPM Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata kejadian itu melibatkan seorang lelaki berusia 41 tahun, yang juga merupakan pekerja penyelenggaraan kereta kabel.
“Dianggarkan mangsa jatuh dari ketinggian antara 40 hingga 50 meter dan keadaan mangsa masih belum diketahui lagi kerana kedudukan mangsa jauh di bawah,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas Zamri ujar, pihaknya dalam proses untuk turun mencari dan mengesan mangsa sebelum membawa mangsa ke tempat yang selamat.