Malaysia
Buaya Dua Meter Ditangkap Berhampiran Jeti Pulau Ketam

Seekor buaya sepanjang dua meter berjaya ditangkap berhampiran jeti Pulau Ketam pada Ahad.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, memaklumkan panggilan kecemasan diterima sekitar jam 9.26 malam.
“Sembilan anggota dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Mereka berjaya menangkap buaya tersebut dan ia akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.