Dunia

Buaya Gergasi Dilanggar di Lebuhraya Brunei Tular di Media Sosial

Gambar seekor buaya gergasi terbalik dan mati selepas dilanggar kenderaan di Jalan Penanjong, Brunei, mencetuskan perhatian netizen.

Bangkai buaya itu, yang memenuhi satu laluan jalan, dipercayai dilanggar sebuah SUV mini. Gambar turut menunjukkan tayar kereta tercabut akibat perlanggaran tersebut.

Seorang netizen, Bille Day, berpendapat pemandu mungkin memandu laju sehingga tidak sempat mengelak reptilia tersebut.

Sementara itu, Almas Dqiara mendoakan kekuatan buat pemandu menghadapi situasi ini, terutama dengan persiapan sekolah dan musim perayaan yang bakal tiba.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker