Buaya Sepanjang 3 Meter Dikesan Berhampiran The Gardens Mid Valley dan KL Eco City

KUALA LUMPUR – Penemuan seekor buaya berhampiran The Gardens Mid Valley dan KL Eco City mengejutkan warga kota selepas video mengenai reptilia itu tular di media sosial.
Pihak berkuasa, termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PERHILITAN, dan polis, telah dikerahkan untuk memantau kawasan tersebut. APM telah menurunkan bot ke dalam Sungai Klang bagi mengesan dan menangkap buaya itu, manakala PERHILITAN telah memasang perangkap.
Ketua Polis Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, mengesahkan usaha sedang giat dijalankan bagi menangkap reptilia tersebut. PERHILITAN percaya ia mungkin buaya yang sama yang dilihat di kawasan Masjid Jamek pada 25 Januari lalu.
Orang ramai dinasihatkan agar menjauhi kawasan terbabit sehingga buaya itu berjaya ditangkap.