Malaysia

Budak 4 Tahun Parah Diserang Anjing di Langkawi

LANGKAWI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan anjing di Kampung Dede, Sungai Menghulu, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, Ahmad Raihan Abdul Mukmin mengalami kecederaan di kepala, badan, dan kaki sebelum diselamatkan orang awam. Ibunya, Nur Solehah Mat Hahir, 25, berkata anaknya diserang ketika bermain berhampiran rumah.

Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Maliha oleh Angkatan Pertahanan Awam untuk rawatan. Nur Solehah telah membuat laporan polis, manakala Ketua Polis Langkawi, ACP Shariman Ashari, mengesahkan dua laporan diterima berhubung kejadian itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker