Malaysia

Budaya Sarapan Malaysia Diiktiraf Warisan UNESCO

Budaya Sarapan di Malaysia kini diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO, diumumkan pada sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara di Asuncion, Paraguay.

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), pengiktirafan ini membuktikan budaya sarapan Malaysia sebagai simbol keharmonian masyarakat pelbagai etnik dan memenuhi kriteria Konvensyen UNESCO 2003.

Pencalonan yang dikemukakan pada Mac 2023 ini merupakan pengiktirafan pertama dalam gastronomi Malaysia. Kejayaan ini selari dengan usaha melindungi warisan kebudayaan tidak ketara di bawah Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker