BUDI MADANI: Lebih 30,000 pemohon terima bantuan RM200, 10 Jun ke akaun bank penerima
Kuala Lumpur, Jun 6 – Bantuan tunai menerusi inisiatif ‘BUDI MADANI’ sebanyak RM200 akan disalurkan kepada lebih 30,000 pemohon individu, petani, dan pekebun kecil komoditi melalui akaun bank penerima pada 10 Jun ini.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan hari ini berkata, penerima tanpa akaun bank boleh menuntut bantuan secara tunai dengan membawa MyKad ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.
Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima bantuan itu, dan bagi permohonan yang dibuat selepas bulan Jun 2024 hanya mereka akan layak menerima bayaran bermula bulan Julai 2024.
BUDI MADANI merupakan insiatif kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan terbahagi kepada (BUDI Individu),(BUDI Agri-Komoditi) dan (MySubsidi Diesel).
Mengulas lanjut, kenyataan itu turut berkata, kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan subsidi rakyat.