Malaysia

Bukan budaya PN hanya turun padang ketika pilihan raya – Sanjeevan

Bukan menjadi budaya gabungan Perikatan Nasional (PN) yang hanya turun padang ketika musim pilihan raya, jelas Naib Ketua Sayap Bersekutu, Datuk Sri Sanjeevan.

Menurutnya, PN mengamalkan budaya di mana mereka bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat pada setiap masa, bukan semata-mata ketika pilihan raya.

Sanjeevan, yang juga penyelaras PN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Jeram Padang di Negeri Sembilan, berkata pihaknya telah mula menghantar petugas parti lebih awal untuk menjalankan khidmat masyarakat di kawasan itu.

Menerusi kenyataan media, beliau mengatakan bahawa meskipun PN adalah pembangkang di Negeri Sembilan, mereka telah lama membuka pusat khidmat masyarakat di pelbagai kawasan dan terus menyantuni rakyat secara konsisten.

Beliau pada masa sama berkata, Perikatan tidak mengamalkan budaya memberikan janji kosong dan kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menyeru agar budaya turun padang hanya semasa pilihan raya dihentikan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker