EksklusifMalaysia

‘Bukan hubungan sulit’: MIC sahkan perbincangan tidak rasmi dengan PN

Presiden MIC, SA Vigneswaran mengesahkan wujud perbincangan tidak rasmi dengan Perikatan Nasional (PN) mengenai hala tuju masa depan parti komponen BN itu.

Beliau menegaskan, MIC tidak menyembunyikan perkara tersebut dan keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas meneliti kedudukan politik semasa serta demi kepentingan masyarakat India.

“Ini bukan hubungan sulit. MIC akan tentukan hala tuju sendiri, tetapi tanpa dendam terhadap mana-mana pihak,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Perwakilan MIC Johor ke-79 di Kota Tinggi.

Vigneswaran menambah, politik negara sudah berubah dan MIC perlu menyesuaikan diri supaya tidak hilang relevan.

Sebelum ini, MIC Kedah meluluskan usul untuk bekerjasama dengan PN, manakala MIC Pulau Pinang turut mencadangkan perkara sama. Pimpinan kedua-dua negeri menyuarakan bahawa ramai di kalangan akar umbi berasa tidak puas hati terhadap kerajaan persekutuan dan sebahagian pengundi menyesal memilih Pakatan Harapan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker