Malaysia

Bukan sekadar tunggang isu babi, PN mahu jadi pembangkang konstruktif

Berbaki kurang 48 jam sebelum hari pengundian, Perikatan Nasional (PN) mengambil pendekatan tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan mengangkat isu-isu yang membelenggu penduduk setempat.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, apa yang dilakukan oleh parti itu bukan untuk melagakan pihak lawan, sebaliknya ia merupakan isu yang sememangnya perlu diselesaikan segera.

Pada Khamis, beliau menggesa kerajaan negeri agar memberi penjelasan penuh berhubung insiden paip pecah di Taman Bunga Raya, Tapah pada 4 Februari lepas sehingga menyebabkan lebih 50,000 akaun pengguna terputus bekalan air selama hampir tiga minggu.

Jelasnya, rakyat berhak tahu apa yang berlaku dan hal ini cukup serius kerana ia menyerupai insiden di Putra Heights dan bezanya cuma ia melibatkan paip air dan bukan paip gas.

Dakwaan menunggang isu pencemaran kendang babi, katanya mereka hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pembangkang yang konstruktif dan ia bukan demi kepentingan peribadi tetapi untuk rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker