Bukit Aman ambil alih siasatan kes kematian pelatih Palapes

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman kini mengambil alih siasatan kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Syamsul Haris Shamsudin.
Tindakan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan keluarga untuk menggali semula kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Selangor bagi tujuan bedah siasat kedua.
Mahkamah mengarahkan proses itu dilakukan dalam tempoh 14 hari, dengan bedah siasat dijalankan oleh pakar forensik Hospital Kuala Lumpur serta disaksikan pakar forensik Dr Bhupinder Singh dan peguam keluarga, Naran Singh atau wakilnya.
Polis memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus dan berlandaskan undang-undang bagi memastikan keadilan kepada keluarga mangsa.