Malaysia

Bukit Aman rampas 204kg syabu bernilai RM6.5 juta di Pasir Mas

Polis Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah aktif sejak Julai lalu dengan rampasan lebih 204 kilogram syabu bernilai RM6.5 juta dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Kasar, Pasir Mas, Kelantan, pada 25 Ogos.

Serbuan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan antara jam 7 hingga 10 malam itu turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang juga pemilik kedai runcit.

Suspek dipercayai bertindak sebagai pengangkut bagi sindiket dadah yang dianggarkan mampu menjejaskan lebih sejuta penagih itu.

Pemeriksaan lanjut menemui tujuh guni berisi 196 bungkusan dadah jenis syabu yang dipercayai dibawa masuk dari Thailand melalui pangkalan haram di Rantau Panjang sebelum disorok di kawasan semak untuk diedarkan ke Lembah Klang.

Selain dadah, polis turut menyita sebuah kereta, van serta wang dalam akaun bank berjumlah RM708 dengan nilai keseluruhan sitaan RM6.55 juta.

Suspek kini direman 14 hari sehingga 8 September untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker