EksklusifMalaysia

Buli UPNM: Kadet harus jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan

Kuala Lumpur, Nov 14 – Pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bakal menjalani pemeriksaan kesihatan secara rawak bagi mengenal pasti sebarang tanda kecederaan akibat penderaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin, menyatakan bahawa inisiatif itu adalah antara lapan langkah pencegahan bakal dilaksanakan untuk memastikan insiden penderaan seperti yang dilaporkan baru-baru ini tidak berulang.

Beliau turut menjelaskan bahawa satu sesi khas diadakan antara kadet dan pegawai atasan, membolehkan kadet melaporkan sebarang insiden tanpa rasa takut atau bimbang, sekiranya berlaku tindakan yang melanggar batas dalam latihan ketenteraan.

Sementara itu, Naib Ketua Bersekutu Parti Bersatu Datuk Sri Sanjeevan menyuarakan kebimbangannya terhadap peningkatan kes penderaan di institusi pengajian tinggi.

Katanya, kementerian berkenaan serta pihak berkuasa harus bertindak tegas terhadap pelaku yang terlibat.

Sanjeevan turut menyatakan mangsa buli seharusnya berani tampil membuat laporan supaya perkara sebegini tidak berulang pada masa datang.

Terdahulu media laporkan, dua kes penderaan melibatkan kadet UPNM, di mana salah daripadanya diseterika oleh pelajar senior, dan, seorang lagi patah tulang rusuk akibat dipijak atas bahagian dada.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker