Malaysia
Bunyi Misteri; Polis Sahkan Tiada Aktiviti Letupan di Machang, Kelantan
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, mengesahkan tiada aktiviti melibatkan bahan letupan atau kebakaran berlaku di Machang.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati tiada insiden kebakaran atau letupan yang berlaku seperti dakwaan di media sosial.
“Saya menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, beberapa hantaran di media sosial mendakwa terdapat bunyi letupan kuat dan gegaran di kawasan Machang pada awal pagi Sabtu.