Dunia
Cadangan gencatan senjata sebulan di Ukraine

Paris dan London mencadangkan gencatan senjata selama sebulan di Ukraine, meliputi serangan ke atas infrastruktur udara, laut, dan tenaga.
Selepas sidang kemuncak khas di London, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menjelaskan bahawa penempatan pasukan pengaman Eropah di Ukraine hanya akan dipertimbangkan pada fasa seterusnya.
Beliau juga mencadangkan negara Eropah meningkatkan perbelanjaan pertahanan kepada 3.0% – 3.5% daripada KDNK susulan perubahan dasar AS di bawah Presiden Donald Trump.
Sidang kemuncak itu dihadiri pemimpin Eropah bagi membincangkan sokongan kepada Ukraine dan isu pertahanan serantau.