Malaysia

Cadangan MIC dalam RMK13 fokus bantu komuniti India B40 – Vigneswaran

Cadangan pembangunan komuniti India menerusi Indian Blueprint 2.0 telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), hasil kerjasama MIC dengan Majlis Perundingan India (ICC).

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, segala cadangan yang diterima pakai oleh kerajaan itu diserahkan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Disember 2024.

Katanya, langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memberi tumpuan kepada keperluan masyarakat India berpendapatan rendah, termasuk akses pendidikan, pembangunan bakat dalam bidang STEM dan TVET, pemulihan perumahan serta infrastruktur asas.

MIC turut mencadangkan penubuhan unit pembangunan sosioekonomi komuniti India di 38 lokasi utama yang menempatkan majoriti populasi kaum itu.

Usaha ini disokong oleh cadangan penubuhan yayasan khas di bawah ICC bagi memantau pelaksanaan dasar secara menyeluruh, bebas daripada struktur MITRA sedia ada.

Pelaksanaan berfasa yang lebih telus dan tersusun ini dilihat sebagai kunci memastikan masyarakat India tidak tercicir daripada arus pembangunan negara, seiring matlamat kerajaan MADANI untuk kesejahteraan inklusif.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker