Malaysia
Cadangan Tukar Nama UPM kepada Universiti Pertanian Malaysia Dibawa ke Kabinet
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, akan mengemukakan cadangan menukar nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada nama asalnya, Universiti Pertanian Malaysia, kepada Jemaah Menteri.
Beliau berkata, langkah itu sesuai dengan keutamaan negara terhadap isu keterjaminan makanan dan pemajuan sektor pertanian.
“Nama asal universiti ini lebih relevan dalam konteks perubahan iklim dan isu global berkaitan pertanian. Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet,” katanya selepas menghadiri Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) semalam.