Dunia

Cadillac serta persaingan F1 bermula 2026

Formula 1 bakal menyaksikan kemunculan pasukan baharu apabila Cadillac disahkan menyertai perlumbaan paling elit ini bermula musim 2026.

Disokong oleh TWG Motorsports dan General Motors, jenama gergasi dari Amerika Syarikat ini bakal menjadi pasukan ke-11 di grid, menyaingi pengeluar terkenal lain.

Pada awalnya, Cadillac akan menggunakan enjin Ferrari sebelum memperkenalkan jentera mereka sendiri.

Menurut Presiden FIA, Cadillac telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan, menjadikan penyertaan mereka satu langkah penting bagi F1.

Setakat ini, Cadillac masih belum mengumumkan barisan pemandu mereka, tetapi dengan ramai pemandu simpanan berbakat dalam F1, ia dijangka tidak menjadi masalah besar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker