Malaysia

Cahaya lampu biru bakal hiasi Menara KL sebagai tanda perpaduan

Cahaya lampu berwarna biru bakal menghiasi Menara Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Julai sebagai tanda sokongan kepada Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan, simbolik cahaya berwarna biru di Menara Kuala Lumpur menandakan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Inisiatif itu disokong penuh pengendali Menara Kuala Lumpur yang dilihat berupaya menyampaikan mesej yang dilihat mampu menyebarluas kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berterima kasih atas sokongan yang ditunjukkan oleh Menara Kuala Lumpur sebagai rakan strategik KPN dalam mempromosikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan tahun ini”, tambah beliau.

Sambutan Minggu Perpaduan peringkat Kebangsaan merupakan acara tahunan Kementerian Perpaduan Negara bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan memperkukuh pemahaman serta penghayatan terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sambutan pada tahun ini akan diadakan di Pekarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 17 hingga 20 Julai 2025.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker