Malaysia

Carsome & Carro antara dipilih ambil peranan seperti Puspakom – Anthony Loke

Kementerian Pengangkutan memberi kepercayaan kepada empat syarikat termasuk Carsome dan Carro untuk mengendalikan perkhidmatan pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian, sama seperti yang sebelum ini hanya dilakukan oleh Puspakom.

Menurut Menterinya, Anthony Loke Siew Fook, selain Carro Technology Sdn Bhd, Carsome Academy Sdn Bhd, Wawasan Bintang dan Beriman Gold juga bakal menjadi antara pengendali pemeriksaan kenderaan.

Ini menjadikan orang ramai kini mempunyai lebih banyak pilihan bagi urusan Pemeriksaan Tukar Hak Milik (M.V.15) tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada Puspakom.

Langkah ini dijangka mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan sedia ada yang turut menguruskan pemeriksaan berkala kenderaan berat.

Empat syarikat berkenaan diberikan kelulusan bersyarat selama 12 bulan untuk membuat persediaan mematuhi semua piawaian ditetapkan sebelum lesen penuh dikeluarkan. Dalam tempoh ini, JPJ akan memantau rapi proses dan keperluan operasi mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker