ChatGPT Kini Boleh Digunakan Melalui WhatsApp

OpenAI kini memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna di seluruh dunia berbual dengan ChatGPT melalui aplikasi WhatsApp.
Pengguna hanya perlu menyimpan nombor telefon 1-800-ChatGPT sebagai kontak baharu dan boleh mula menghantar mesej untuk mendapatkan jawapan atau bantuan dalam pelbagai topik seperti projek profesional, cadangan resipi, atau sekadar berbual santai.
Ciri ini masih dalam fasa percubaan, dan perkhidmatannya mungkin tergendala ketika permintaan tinggi. Versi ChatGPT di WhatsApp ini tidak menawarkan fungsi peribadi atau akses kepada enjin carian tetapi dijangka menjadi pengenalan kepada teknologi kecerdasan buatan generatif untuk ramai pengguna.
Langkah ini juga meletakkan OpenAI sebagai pesaing kepada Meta, pemilik WhatsApp, yang telah mengintegrasikan AI mereka sendiri ke dalam aplikasi itu.