China Bantah Peluru Berpandu AS di Filipina

HONG KONG, 14 Feb: China menggesa Filipina menarik balik sistem peluru berpandu “Typhon” milik Amerika Syarikat (AS), menuduh negara itu melanggar janji dan meningkatkan risiko ketegangan serantau.
Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Zhang Xiaogang, berkata Filipina bukan sahaja menyerahkan keselamatan negaranya kepada pihak luar tetapi juga mencetuskan perlumbaan senjata di rantau ini.
Bagaimanapun, jurucakap Majlis Keselamatan Negara Filipina, Jonathan Malaya, menegaskan bahawa sistem itu hanya untuk pertahanan dan Filipina tidak pernah berjanji untuk menariknya balik.
Sistem pelancar Typhon mampu menembak peluru berpandu jarak jauh, termasuk Tomahawk yang boleh mencapai China dan Rusia serta SM-6 yang boleh menyerang sasaran udara atau laut sejauh lebih 200 km.