Dunia
China cuba tunjuk taring, tarif 84% kepada AS bermula hari ini

Kurang 24 jam selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif melebihi 100% ke atas barangan dari China, Beijing tampil dengan tindakan balas agresif.
Bermula hari ini, kadar levi import ke atas barangan dari AS akan dinaikkan kepada 84%, meningkat drastik dari hanya 34% sebelum ini.
Langkah itu diumumkan Pejabat Suruhanjaya Tarif China sebagai respons terhadap tindakan keras Washington yang diterajui Presiden Donald Trump.
Tindakan balas ini menjadikan ketegangan perdagangan antara dua kuasa ekonomi dunia itu semakin meruncing, dengan risiko melumpuhkan aliran dagangan global.