China mula nikmati teknologi 5G-A, 10 kali lebih pantas daripada 5G

Penduduk China terus maju kehadapan apabila teknologi komunikasi selepas rangkaian 5G-Advanced (5G-A) semakin meluas digunakan dalam kehidupan seharian serta pelbagai industri.
Teknologi ini membawa peningkatan ketara dari segi kapasiti, kelajuan dan ketepatan lokasi dengan kelajuan internet sehingga 10 kali ganda lebih pantas berbanding 5G.
5G-A, juga dikenali sebagai 5.5G oleh beberapa pengeluar, merupakan peningkatan daripada teknologi 5G sedia ada dan menjadi langkah penting ke arah pembangunan 6G.
Antara kelebihan utama 5G-A ialah kelajuan muat turun dan muat naik yang jauh lebih tinggi.
Jika 5G biasa menawarkan muat turun maksimum sekitar 1 gigabait sesaat, 5G-A mampu mencapai sehingga 10 gigabait sesaat.
Ini membolehkan penggunaan aplikasi berteknologi tinggi seperti realiti lanjutan (XR) dan paparan 3D tanpa cermin mata yang menampilkan imej holografik.