DuniaMalaysia

China nafi langgar perjanjian tariff, bakal berdepan Trump minggu ini

China nafi langgar perjanjian tariff, bakal berdepan Trump minggu ini

China menolak dakwaan Amerika Syarikat bahawa negara itu melanggar perjanjian tarif yang dipersetujui sebelum ini, ketika ketegangan perdagangan antara dua kuasa besar dunia itu kembali memuncak.

Beijing dan Washington sebelum ini bersetuju menangguhkan tarif tinggi selama 90 hari selepas rundingan di Geneva.

Namun, AS menuduh China sengaja melengah-lengahkan pelaksanaan perjanjian tersebut, dan menyifatkan ia sebagai satu pelanggaran.

Susulan itu, Presiden AS, Donald Trump, dan Presiden China, Xi Jinping, dijangka mengadakan perbincangan minggu ini.

Jurucakap White House, menyatakan bahawa perbincangan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan antara kedua-dua negara, yang kembali tegang selepas Trump menuduh China melanggar perjanjian tarif yang dicapai di Geneva bulan lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker