China terus jadi rakan dagang terpenting – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan China terus menjadi rakan dagang paling penting kepada Malaysia ketika dunia berdepan ketidaktentuan perdagangan global.
Perdana Menteri berkata, pendekatan terbuka dan tidak mementingkan diri oleh China memberi harapan baharu berbanding langkah Amerika Syarikat yang mengenakan tarif baharu.
Menurutnya, dalam situasi dunia yang tertekan, kestabilan dan kebolehpercayaan yang ditawarkan China menjadi kunci kepada kerjasama masa depan.
Hubungan Malaysia-China bukan hanya soal perdagangan, tetapi turut melibatkan transformasi tenaga, infrastruktur dan inovasi yang menyeluruh.
Anwar turut menyifatkan inisiatif seperti Jalur dan Laluan sebagai asas kerjasama jangka panjang yang menekankan perkongsian kemakmuran serantau.