Chong Wei, Khabib & Sonny Bill Williams dilantik Duta Sukan Johor

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, kini memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumumkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Selain Chong Wei, beberapa bintang sukan dunia turut dilantik, termasuk bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, lagenda ragbi Sonny Bill Williams, dan bekas pemain bola sepak Australia, Tim Cahill.
Chong Wei melahirkan rasa penghargaan atas kepercayaan diberikan dan bertekad membantu pembangunan sukan di Johor.
Legenda badminton itu juga berkongsi komitmen Tuanku dan akan berusaha sedaya upaya untuk memajukan pembangunan sukan.
Pengumuman itu dibuat TMJ dalam sesi soal jawab bersama peminat Johor Darul Ta’zim (JDT), menandakan usaha besar negeri Johor dalam memperkasakan sukan dan belia pada Khamis.